Friday 3 February 2017

Terima Kasih!


Bismillah... Alhamdulillah.

Pertamanya kami mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah s.w.t. yang telah mengurniakan kami rezeki dan kesempatan untuk membantu lebih ramai pelanggan dalam perkhidmatan percetakan atau printing ini.

Kami sangat mengalu-alukan anda yang melawat ke blog kami untuk melihat hasil kerja kami dan juga membuat tempahan untuk majlis bahagia anda mahupun untuk tujuan perniagaan.

Kami sedar dan tahu bahawa dunia hari ini adalah dunia online. Segalanya berlaku dengan sentuhan di hujung jari anda. Maka kami menerbitkan blog yang sesuai dengan kehendak anda yang mahukan tempahan dan bayaran dibuat secara online. Lebih mudah dan cepat.

Kami mengucapkan selamat datang kepada anda yang sudi singgah di sini samada secara sengaja atau tidak sengaja. Kami berharap anda mendapat informasi yang dikehendaki dan juga dapat memuaskan hati anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, anda boleh terus hubungi kami dengan menekan pada halaman 'hubungi kami' atau mengisi borang di bahagian sidebar sebelah kanan blog ini.

Sekali lagi, terima kasih dan selamat malayari blog bertuah ini.


Yang Ikhlas,
Faizal Ehsan
Admin,
Faizalreka Printing

0 comments:

Post a Comment